KOTA KINABALU: Anak yatim dan pelajar sekolah Tahfiz menerima sumbangan daripada Invest Sabah Berhad bersempena dengan majlis Iftar di Hotel Le Meridien pada Jumaat di sini.
Sumbangan disampaikan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor kepada 20 orang anak yatim dari Rumah Amal Kasih Kingfisher dan 20 pelajar dari Maahad Tahfiz Tuaran.
Ketua Menteri diiringi Pengerusi Invest Sabah Berhad Senator Tan Sri Anifah Aman.
Kemudian, Hajiji dan Anifah berbuka puasa bersama para jemputan termasuk wakil kedutaaan asing.

— TAMAT
Add Comment