Home » Yayasan Qhazanah Sabah sumbang 200 karton air minuman kepada mangsa kebakaran Likas
Berita Gagasan Rakyat Politik

Yayasan Qhazanah Sabah sumbang 200 karton air minuman kepada mangsa kebakaran Likas

SUMBANGAN: Yusof menyampaikan sumbangan air minuman kepada wakil keluarga mangsa kebakaran di Dewan Serbaguna Likas.

KOTA KINABALU: Yayasan Qhazanah Sabah menyumbangkan 200 karton air minuman kepada mangsa kebakaran Kampung Cempaka Likas yang kini ditempatkan di Dewan Serbaguna Likas.

Sumbangan termasuk pakaian terpakai yang dikumpul oleh kakitangan Qhazanah Sabah Berhad (QSB) disampaikan Pengerusinya Datuk Dr Yusof Yacob.

PRIHATIN: Yusof menyantuni mangsa kebakaran di Dewan Serbaguna Likas.

Hadir sama, Ketua Pentadbiran dan Sumber Manusia QSB Mary Grace Prudente dan Pengarah Eksekutif Yayasan Qhazanah Sabah Majorie Noivont.

Dalam kejadian 1 Mac lepas, 80 rumah musnah terbakar di Kampung Cempaka menyebabkan kira-kira 140 keluarga kehilangan tempat tinggal dan buat masa ini seramai 37 keluarga masih ditempatkan sementara di dewan terbabit.

— TAMAT