Home » IPD Ranau terima sumbangan lembu korban sempena Aidiladha
Berita GRS Politik

IPD Ranau terima sumbangan lembu korban sempena Aidiladha

SERAH: Jonathan ketika hadir menyerahkan lembu korban kepada IPD Ranau.

RANAU: Sambutan Hari Raya Aidiladha di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau kali ini disambut dengan penuh bermakna apabila menerima sumbangan seekor lembu korban daripada Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin.

Majlis simbolik penyerahan lembu korban yang diadakan pada Sabtu itu turut dihadiri Jonathan bersama beberapa kakitangan Pejabat Parlimen Ranau sebagai tanda sokongan dan keprihatinan kepada warga IPD Ranau.

Jonathan berkata, sumbangan itu adalah acara tahunan yang telah menjadi tradisi setiap kali menjelang Hari Raya Aidiladha, khususnya bagi menghargai jasa dan pengorbanan anggota polis di daerah ini.

“Semoga sumbangan ini dapat menceriakan sambutan Hari Raya Aidiladha dalam kalangan warga IPD Ranau serta keluarga mereka.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam, khususnya di Ranau,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan berkenaan.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Mursalin Mahmud; UPPM Paginatan, Hishamudin Harun; pegawai serta kakitangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ranau.

Beliau berkata, majlis seumpama ini bukan sahaja mempererat hubungan antara wakil rakyat dan agensi keselamatan, malah menjadi platform untuk menyemai nilai kebersamaan dan keprihatinan dalam kalangan masyarakat. 

–Hamzah Sanudin