MENJADI calon dalam pilihan raya tidak sama dengan nisbah wakil rakyat antara lelaki dan wanita.
Dalam konteks DUN Sabah, nisbah 30 peratus mewakili 22/73.
Ambil contoh jumlah calon pada PRN-16 Sabah yang berjumlah 449 individu yang terdiri daripada 413 lelaki (92%) dan 36 wanita (8%) yang bertanding di 73 kerusi. Keputusan PRN tersebut, kaum lelaki menang 67 kerusi (16.22%), manakala kaum wanita 6 kerusi (16.67%) daripada keseluruhan calon.
Melihat pada nisbah keupayaan kaum lelaki dan wanita menang hampir seimbang.
Menerusi tingkat keupayaan yang hampir sama, membawa makna, calon tidak bergantung gander melainkan keboleh menangan.
Apabila sesebuah parti memilih calon, pertimbangan pertama adalah keboleh menangan calon yang dipilih atau dengan kata lain calon itu lah yang terbaik daripada yang terbaik. Jika calon itu kebetulan lelaki maka lelaki lah, demikian juga jika wanita, maka wanita lah.
Kemenangan seseorang calon sangat bergantung pada gerak kerja seseorang di kawasan masing-masing, selain penerimaan rakyat terhadap parti yang diwakili.
Dalam politik, tidak mengira gander melainkan bergantung pada gerak kerja seseorang ahli politik, yang mana gerak kerja tersebut dapat dikukur daripada segi penerimaan rakyat/pengundi; termasuk disukai.
Senario politik di negara ini, pada kelazimannya, apabila seseorang itu pemimpin lelaki isteri juga sebagai pendokong utama, dan kebetulan juga si isteri mempunyai penyokong di kalangan wanita. Kombinasi sokongan lelaki (pada suami) dan sokongan wanita (pada isteri) menjadikan si suami ramai penyokong, dan masuk kategori berpotesi untuk menang. Asas inilah yang tergunapakai, sebagai jawapan mengapa calon-calon lelaki jauh lebih ramai berbanding wanita.
Tidak dinafikan ada sesetengah wanita yang berkategori “wanita besi” yang disokong rentas gender, dimana pemimpin wanita kita seperti Datuk Redonah Bahanda, Ketua Pergerakan Wanita Parti Gagasan Rakyat (Gagasan Rakyat),YB Senator Puan Anna Bell Perian dan ramai lagi,dipelopori Ketua Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS,) Datuk Seri Panglima Azizah Mohd Dun.
Tiada parti politik yang tidak mengetengahkan pemimpin wanita sekelas Ketua Wanita GRS tersebut, kerana bukan sahaja berpontesi menang juga disukai.
Tentunya kepimpinan GRS tidak segan silu memilih calon-calon wanita yang mempunyai potensi tinggi untuk menang kerana adalah satu kerugian kerusi yang sepatutnya dimenangi terlepas tangan kerana tersilap meletakan calon.
Makna kata, isu 30 peratus perlu dipenuhi oleh kaum wanita, sangat bergantung pada pertimbangan keboleh menangan, kerana semua perlu akur dengan erti peribahasa tiada gunanya menang sorak kampung tergadai.
*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau yang disiarkan oleh Sabah Baru News.
Add Comment