Home » Japlin terima kunjungan Bank Muamalat 
Berita Gagasan Rakyat Politik

Japlin terima kunjungan Bank Muamalat 

KUNJUNGAN: Japlin menerima cenderahati daripada Zainal sambil diperhatikan oleh Shafiq dan Pazzi.

KOTA KINABALU: Pengerusi Cement Industries (Sabah) Sdn. Bhd, Datuk Japlin Akim menerima kunjungan daripada Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) cawangan negeri Sabah pada Selasa.

Kunjungan hormat itu diketuai Pengurus Wilayah Malaysia Timur, Zainal Pattate; Pengurus Deposit Wilayah Malaysia Timur, Syafiq Albeh dan Pegawai Penyelesaian (Deposit), Pazzi Lyn Martin.


Menurut Zainal, kunjungan hormat itu merupakan usaha Bank Muamalat untuk mendekati syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) negeri Sabah di samping memperkenalkan kepada umum produk dan servis yang ditawarkan oleh Bank Muamalat.


Katanya, Bank Muamalat komited dalam mencipta ‘Kehidupan Lebih Baik, Bersama’ para pelanggannya.

Tambah beliau, sebagai sebuah institusi perbankan Islamik, Bank Muamalat menawarkan produk dan perkhidmatan Islamik kepada individu dan juga pelanggan korporat.


“Bank ini juga menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan Islam yang lengkap. Produk dan perkhidmatan untuk individu yang ditawarkan antaranya deposit akaun simpanan dan akaun semasa, Ar Rahnu, kad kredit dan kad debit, pembiayaan Islamik, pengurusan kekayaan, dan perbankan elektronik dan atas-talian.


“Produk dan perkhidmatan untuk perniagaan yang ditawarkan pula ialah perbankan korporat, perbankan pelaburan, pembiayaan perniagaan khusus untuk SME, perbendaharaan, perbankan komersial dan perdagangan kewangan,” katanya semasa pertemuan tersebut.


Dalam masa yang sama Japlin turut menyeru kepada penyimpan dan pelabur supaya memilih institusi bank khususnya Bank Muamalat yang memberi manfaat kepada mereka sebagai pelanggan dan pelabur.

— Liza Din