KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Kuamut berjaya mewujudkan Ahli Jawatankuasa Wanita Sabtu lalu.

Naib Presiden Gagasan Rakyat Datuk Masiung Banah selaku Ketua parti berkenaan di Kuamut telah menyempurnakan mesyuarat khas yang diadakan bagi pembentukan Sayap Wanita berkenaan di sini.


Pada mesyuarat berkenaan, Jahiah @ Jalilah Apiang dipilih sebagai Ketua Wanita dan Timbalanya, Bibi Simen.


Sementara Nolita Raipin, Minah Dris dan Jukiah Kuagang masing-masing dipilih sebagai Setiausaha, Bendahari dan Ketua Penerangan.


13 Ahli Jawatankuasa turut dilantik ialah Alysia Tarajun, Eng Soon Joo, Nulisah KK Ambu, Rosminah Ungkat, Radiah Kutang, Aliza Abam, Helena Julmin, Ainah Bungin, Bichi Gani, Lily Linda Koumpin, Jislin Koumpin, Ladia Taki dan Anne Gembiau. 

Masiung berkata, Ahli-ahli Jawatankuasa Wanita perlu memainkan peranan aktif bukan sahaja dalam politik tetapi juga dalam program masyarakat dan sosial.

“Sebagai pemimpin Wanita, jawatankuasa itu perlu dijadikan platform untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh orang ramai. 


“Walaupun tempoh pilihan raya masih jauh, namun gerakan diperingkat awal harus dilakukan dengan membentuk jawatankuasa Wanita di peringkat cawangan,” katanya.


Masiung mahu anggota Jawatankuasa Wanita Gagasan Rakyat Kuamut tidak hanya menumpuhkan kepada agenda politik semata-mata, tetapi mereka juga harus menabur bakti dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan. 

Yap Siong Han

Previous articleGAGASAN RAKYAT: DARI RAKYAT, UNTUK RAKYAT
Next articleBantuan Persekutuan bantu percepat selesai masalah air di Sabah: Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here