RANAU: Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin mahu semua kakitangannya mengekalkan perpaduan walaupun berbeza agama dan kaum.
Terdahulu, beliau hadir dalam majlis bacaan doa selamat dan kenduri sempena menyambut bulan Ramadan yang dianjurkan Biro Hal-Ehwal Agama Islam Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau.
Jonathan berkata, sambutan yang dilaksanakan itu adalah usaha untuk mewujudkan sikap toleransi dalam kalangan kakitangan Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau.
“Saya sangat mementingkan permuafakatan serta kerjasama semua kakitangan tanpa membezakan agama dan kaum.
“Tujuan majlis ini adalah bagi memohon agar semua pemimpin dan kakitangan pejabat Parlimen sentiasa diberikan kesihatan dalam menjalankan tugas serta tanggungjawab,” katanya.
Sementara itu, pengerusi Biro Hal-Ehwal Agama Islam, Hussen Jirat menzahirkan penghargaan dan terima kasih atas kehadiran Jonathan bersama 20 orang kakitangan yang lain.
“Semoga dengan majlis ringkas ini dapat mengekalkan persaudaraan yang sedia terjalin dalam kalangan semua kakitangan pejabat Parlimen Ranau.
“Jonathan dilihat sentiasa mementing perpaduan kerana setiap kali musim perayaan sudah pasti akan diraikan bersama,” katanya.
Dalam majlis tersebut, Pengerusi Madrasah Tahfiz Kampung Sosondoton, Junaidi Tipoi memimpin bacaan doa selamat.

























Add Comment