Home » Kenyataan rasmi JPS hanya prosedur biasa, minit sokongan bersifat luar biasa
Politik Sudut Pandangan

Kenyataan rasmi JPS hanya prosedur biasa, minit sokongan bersifat luar biasa

Aksyah Haji Nasrah merupakan bekas Timbalan Badan Perhubungan Negeri (BPN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Perikatan Nasional (PN) Sabah

Saya ingin berbagi pandangan berkenaan Kenyataan Media daripada JPN bertarikh 7 April 2025 yang jelas menyatakan tentang pendirian mereka berhubung surat permohonan mendapatkan dokumen pengenalan diri yang tular kerana mendapat Minit Sokongan daripada Ketua Menteri Sabah bertarikh 26 April 2019 yang lalu. Dokumen pengenalan diri di sini tidak lain adalah merujuk kepada “dokumen rasmi sebagai warganegara Malaysia”. Atau singkatnya bahasa orang Sabah cakap “Kad Pengenalan”.

Menurut saya, Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh JPN itu hanyalah satu tindakan rasmi agar rakyat tidak menuduh Jabatan kerajaan yang bertanggungjawab tentang pengeluaran dokumen rasmi bagi rakyat ini bersekongkol dengan mana-mana pihak dalam memberikan dokumen kerakyatan sewenang-wenangnya. Tindakan Jabatan ini wajar sebagai langkah untuk membersihkan imej mereka dari sebarang kekotoran akibat tindakan mana-mana pihak hingga menyebabkan imej dan kesucian institusi kerajaan seperti JPN tercalar.

Secara peribadi, rakyat mungkin sudah faham tentang prosedur atau kaedah yang jelas diterangkan menerusi Kenyataan Media tersebut. Mungkin rakyat agak lega dengan penjelasan itu dan yakin bahawa tidak berlaku sebarang unsur-unsur berat sebelah berkenaan kelulusan memberikan dokumen yang hanya diberikan secara ekslusif kepada rakyat dan boleh juga diberikan kepada pemohon-pemohon yang sudah lama berada di Sabah sama ada menggunakan MyKAS, MyPR ataupun MyKAD. Bagaimanapun semuanya ini tertakluk kepada undang-undang, peraturan dan dasar yang sedang berkuatkuasa.

Terima kasih di atas inisiatif JPN dalam memberikan penerangan berhubung sistem tadbir urus yang mereka praktikkan demi memelihara kedaulatan negara dan memastikan semuanya berjalan di atas landasan peruntukan undang-undang sedia ada. Pendek kata, mereka melaksanakan kerja-kerja berkenaan kerakyatan negara ini berlandaskan Good Governance dan Tatakelola yang betul. Syabas!

Namun apa yang menjadi persoalan di benak fikiran saya ialah, bagaimanakah sebagai pemimpin utama kerajaan yang memerintah pada ketika itu boleh menyokong dengan mudahnya soal pemberian dokumen rasmi yang akan memberikan pengiktirafan kepada pemohon sebagai warganegara Malaysia?

Jika kita rujuk kenyataan-kenyataan pemimpin Warisan, mereka secara selamba menyatakan sokongan terhadap apa-apa permohonan rakyat itu adalah praktis yang biasa. Samaada ianya lulus atau tidak, itu terpulang kepada agensi berkenaan. Inilah naratif yang mereka mainkan.

Saya bersetuju naratif “ minit sokongan dari pemimpin itu biasa”. Tetapi sokongan berbentuk “kebiasaan” yang dalam sepengetahuan saya ini lebih merujuk kepada perkara-perkara biasa dalam pentadbiran. Contohnya; memohon dana atau kelulusan projek atau program yang berkaitan dengan agensi atau institusi berkenaan. Atau mungkin sokongan permohonan berkaitan dengan kekosongan perjawatan.

Saya tertanya-tanya, adakah “permohonan mendapatkan dokumen rasmi pengenalan diri” dari JPN yang akan memberikan si Pemohon mendapat taraf dan keistimewaan sebagai warganegara turut termasuk di dalam “hal-hal kebiasaan” untuk diberikan sokongan?? Apatah lagi sokongan itu datangnya dari pemimpin tertinggi kerajaan ketika itu? Pada saya, bab yang menyentuh kerakyatan adalah merupakan satu perkara yang amat sensitif dan bukan perkara biasa untuk kita longgarkan kepada mereka yang tidak sepatutnya kita berikan.

Sepatutnya, bukankah elok kalau sekiranya tidak perlu memberikan apa-apa minit sokongan terhadap permohonan tersebut! Jelaskan saja kepada pemohon untuk mengemukakan sahaja permohonan itu kepada agensi berkenaan dan ikut prosedur biasa! Lagipun apa yang hendak dirisaukan?? Pemohon belum pun menjadi warganegara dan mempunyai hak-hak ekslusif termasuk hak mengundi semasa pilihanraya berlangsung!

Justeru itu, kejadian sebegini perlulah dielakkan pada masa akan datang kerana bab kewarganegaraan ini adalah perkara yang amat sensitif! Syukur sepanjang YAB DSP Hajiji menjadi Ketua Menteri dan GRS memerintah Sabah ini belum ada insiden minit sokongan diberikan berkaitan pengeluaran dokumen pengenalan diri kepada JPN!

Meskipun begitu, pembangkang masih berusaha mengelirukan rakyat dengan menuduh bahawa GRS juga memberikan dokumen rasmi kepada Pendatang Tanpa Izin (PATI) menerusi SMART SABAH (SS)! Alangkah tololnya mereka tanpa usul periksa menuduh sebuah agensi yang berperanan hanya dalam perkara-perkara berkaitan Pendataan Pekerja Asing pun dituduh sedemikian rupa!

Nasihat saya kepada para aktivis politik pembangkang, belajarlah memahami tugas dan tanggungjawab sesebuah institusi seperti SMART SABAH itu ditubuhkan! SS ditubuhkan bertujuan untuk mengumpul data pekerja asing dan bukan pemastautin agar melalui data yang diperolehi ini Kerajaan Negeri dan Persekutuan boleh merancang dan menentukan polisi terbaik berkaitan Pekerja Asing selaras dengan Dasar Buruh Negara! Bukan seperti dakwaan Pembangkang bahawa SMART SABAH telah memberikan dokumen kerakyatan kepada pendatang asing! Setakat hari ini, belum pernah saya dengar dan lihat ada dokumen pengenalan diri dikeluarkan oleh SS kepada mana-mana pekerja asing!

Kepada rakyat Sabah, apapun alasan yang diberikan oleh Pembangkang seperti Warisan, kita sudah dapat membaca niat di sebalik sokongan yang diberikan! Fikir-fikirkan!

    BIASAKAN YANG BETUL
    BETULKAN KEBIASAAN!

    *Artikel di atas dipetik dari kenytaan Facebook, Aksyah Haji Nasrah . Beliau merupakan Mantan Timbalan Badan Perhubungan Negeri (BPN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)/ Perikatan Nasional (PN) Sabah

    About the author

    JABT

    Add Comment

    Click here to post a comment