Home » Ketua Menteri terima kunjungan Timbalan Menteri Luar Republik Indonesia
Berita GRS Politik

Ketua Menteri terima kunjungan Timbalan Menteri Luar Republik Indonesia

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengiringi Timbalan Menteri Luar Negeri Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Arif Havas Oegroseno menandatangani buku pelawat semasa menerima kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu pada Rabu.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Menteri Luar Negeri Republik Indonesia,Tuan Yang Terutama Arif Havas Oegroseno di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Rabu.


Beliau dalam rangka lawatan kerja selama tiga hari ke Malaysia mulai semalam, dengan dua hari di Sabah diikuti sehari di Kuala Lumpur.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berbincang bersama Timbalan Menteri Luar Negeri Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Arif Havas Oegroseno semasa menerima kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu pada Rabu.


Kedua-dua pihak berbincang mengenai pelbagai isu, khususnya mengenai kesepakatan keselamatan perbatasan, selain isu ekonomi yang melibatkan kerjasama perdagangan diantara Sabah dan Indonesia.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan cenderamata kepada Timbalan Menteri Luar Negeri Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Arif Havas Oegroseno semasa menerima kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu pada Rabu.


Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr.Haji Safar Untong, Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Datuk Haji Ag.Shahminan Datuk Haji Ag.Sahari, Director Jeneral Hukum dan Perjanjian Internasional, Yang
Mulia L.Amrih Jinangkung, Konsul Jeneral Republik Indonesia, Rafail Walangitan, Konsul Indonesia di Tawau, Aris Heru Utomo, Pengarah Pejabat Wilayah Sabah Kementerian Luar Negeri (KLN), Encik Mohd Sahafeez Shaharis dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Maritim KLN, Dr.Mohd Norhisyam Mohd Yusof.

–Tamat

About the author

JABT

Add Comment

Click here to post a comment