Home » Kerajaan hari ini terus merealisasikan aspirasi rakyat
Berita GRS Politik

Kerajaan hari ini terus merealisasikan aspirasi rakyat

Mantan Timbalan Badan Perhubungan Negeri (BPN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) atau Perikatan Nasional (PN) Sabah, Aksyah Nasrah .

KOTA KINABALU: Barisan kepimpinan negeri terus fokus, komited dan bersungguh-sungguh merealisasikan aspirasi rakyat.

Mantan Timbalan Badan Perhubungan Negeri (BPN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) atau Perikatan Nasional (PN) Sabah, Aksyah Nasrah berkata, kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor membuktikan bahawa Parti Tempatan yang memerintah Sabah ketika ini mampu memberikan yang terbaik untuk rakyat negeri ini.

Katanya, perkara yang terjadi kini adalah serangan bertali arus pemimpin pembangkang ibarat ‘boommerang’ tetapi usaha itu terus mengukuhkan kedudukan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Hajiji.

“Saya berpendapat pembangkang sebenarnya semakin kepanasan atau penasaran dengan gerak kerja Hajiji yang semakin terlaksana, teratur, mengikut perancangan dan lebih penting dapat menyantuni serta disambut baik oleh rakyat jelata,” katanya dalam kenyataan.

Dalam isu yang lain katanya, ada pula individu berpangkat Pengarah Komunikasi dan Strategi pada parti berkenaan mencuba nasib menjatuhkan kredibiliti Hajiji dengan membongkar isu kelulusan PL syarikat Lincah Hebat Utama Sdn Bhd (LHUSB) yang beliau dakwa tidak memiliki kemampuan untuk menjalankan aktiviti eksplorasi galian. 

“Untuk menyedapkan ceritanya, dikaitkanlah kononnya syarikat ini mempunyai kaitan dengan tokoh politik dalam GRS.

“Saya tertanya-tanya, dari mana sumber beliau memperolehi maklumat bahawa syarikat ini tiada kemampuan? Lagipun permohonan syarikat ini sudah lama dikemukakan semenjak tahun 2019 lagi,” katanya.

Beliau berkata, pembangkang sepatutnya berkongsi dengan rakyat tentang apakah hala tuju mereka sebagai parti yang didakwa meyakinkan, berkebolehan dan berpengalaman dalam memimpin negeri,

Katanya, kerajaan hari ini sudah menentukan hala tuju dengan kejayaan program seperti Rumah Sejahtera Sabah Maju Jaya, bantuan RM300 kepada Ketua Isi Rumah dan banyak lagi telah memberikan manfaat besar kepada rakyat.

— TAMAT

About the author

JABT

Add Comment

Click here to post a comment