Home » Kerjasama komponen GRS penting untuk tawan kerusi DUN Darau
Berita GRS Politik

Kerjasama komponen GRS penting untuk tawan kerusi DUN Darau

TAHNIAH: Armizan menyampaikan anugerah pelajar terbaik kepada salah seorang penerima, sambil disaksikan Mohamed Razali (dua kiri).

KOTA KINABALU: Kerjasama erat semua komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mampu merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Darau daripada pembangkang.

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Darau, Datuk Mohamed Razali Razi berkata, pada pilihan raya negeri akan datang, semua ahli dalam GRS perlu bersatu hati untuk memenangkan sesiapa sahaja calon gabungan itu di DUN Darau.

“Kita dalam Gagasan Rakyat sudah melaksanakan pelbagai program komuniti di DUN Darau, ia termasuklah memperkasakan kemudahan asas seperti jambatan, gelanggang takraw, tangki statik, lampu solar, pemasangan kamera litar tertutup di kampung dan banyak lagi.

“Semua ini telah dilakukan dalam DUN Darau dengan semangat kesatuan ahli Gagasan Rakyat dengan gotong-royong,” katanya pada Persidangan Tahunan Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Darau, pada Ahad di sini .

Persidangan itu dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Armizan Mohd Ali.

Mohamed Razali berkata, semua ahli Gagasan Rakyat Darau perlu bersatu hati dan memberikan fokus utama terhadap kepentingan komuniti.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa bersikap terbuka dan inklusif serta mahu Sabah kekal ditadbir GRS dibawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.

“Kita jangan lalai, banyak perkara masih perlu dilakukan…ketepikan hal peribadi dan beri fokus kepada komuniti,” katanya. 

–Yap Siong Han