Kota Kinabalu – Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor hari ini menerima kunjungan hormat daripada Rabitah Antarabangsa Alumni al-Azhar Malaysia (WOAG Malaysia).

Kunjungan itu diketuai oleh Presidennya, Profesor Dato’ Dr. Mohd Fakhrudin Abdul Mukti di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini hari ini.

Selain mendengar beberapa nasihat daripada Hajiji, Mohd Fakhrudin turut memberi taklimat berhubung aktiviti yang dianjurkan oleh WOAG.

Ini termasuklah seminar dan multaqa ilmiah dan lain-lain yang kebanyakannya berorientasikan pendidikan dan kebajikan, disamping menyebarkan fahaman kesederhanaan berteraskan kecintaan kepada keamanan dan keharmonian kaum dan agama.

Rombongan WOAG Malaysia turut disertai oleh beberapa orang pensyarah daripada Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Brunei Darussalam.

Turut hadir ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif dan Timbalan Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Ustaz Malai Ali Malai Ahmad.

— EDITOR

Previous articleBelanjawan 2023 memacu pembangunan Sabah – Mohd Shahril
Next articleJPSM naik taraf sijil beberapa program kemahiran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here