KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali menyaksikan penyerahan lapan buah ambulan pacuan empat roda Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di perkarangan Menara Kinabalu, Kota Kinabalu pada Jumaat.

Ambulan tersebut adalah untuk kegunaan lapan APM daerah di Sabah.

Pada majlis itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong menerima ambulan itu daripada Ketua Pesuruhjaya APM, KPj (PA) Aminurrahim Mohamed.

Ambulan kemudiannya diserahkan kepada lapan Pegawai APM Daerah iaitu Tuaran, Papar, Sandakan, Keningau, Pitas, Ranau, Putatan dan Kalabakan.

EDITOR

Previous articleKabinet negeri akan buat keputusan, cadangan had tempoh penyewaan rumah PPR- Hajiji
Next articleKenyataan Media Ketua Penerangan Gagasan Rakyat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here