KOTA KINABALU- Media memainkan peranan penting dalam usaha menyampaikan dasar kerajaan kepada rakyat di negara ini khususnya negeri Sabah.
Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) YB Datuk Hj Nizam Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan berkata demikian ketika menghadiri satu Majlis Santai -Santai suai kenal bersama pengamal media di Marina Cafe Sutera Harbour pagi tadi.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak media atas sumbangan mereka melaporkan berita mengenai program-program kerajaan selama ini dan berharap melalui majlis seumpama ini dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama baik antara pihak media dan kerajaan.
#SayangiSabah#SabahMajuJaya#SabahFirst#SabahForward#SabahProsper#SabahUnited#GRS#PGRS
Add Comment