RANAU: Isteri Ketua Menteri yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), Datin Seri Panglima Datuk Juliah Salag menyantuni 77 kanak-kanak termasuk 10 pelatih dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Ranau, pada Majlis Jamuan Hi-Tea sempena sambutan Hari Krismas di Kundasang pada Rabu.
Kanak-kanak terbabit adalah dari Rumah Kanak-Kanak Don Bosco seramai 35 orang manakala 12 dari Tadika Tunas Pelita Don Bosco dan masing-masing 10 kanak-kanak dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Karanaan serta DUN Paginatan.
Ini adalah program kali kedua MUTIARA GRS sempena sambutan Krismas dengan kali ini memilih kanak-kanak di kawasan luar bandar untuk sama-sama bergembira meraikan perayaan itu.
Sambutan yang sama turut diadakan di Rumah MUTIARA GRS pada 2023.
–TAMAT
Add Comment