Home » Naratif “Siapa Selepas Hajiji?” tidak berasas, fakta mesti diperjelaskan
Politik Sudut Pandangan

Naratif “Siapa Selepas Hajiji?” tidak berasas, fakta mesti diperjelaskan

Hajjii menyampaikan bantuan untuk menggantikan perabot dan kelengkapan Sekolah Agama Negeri (SAN) Pekan Tambunan yang terjejas akibat kebakaran

Sejak kebelakangan ini, timbul naratif yang cuba menggambarkan seolah-olah kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pimpinan Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor sudah hilang arah dan sokongan rakyat. Lebih jauh, ada yang melontarkan persoalan  “Siapa selepas Hajiji?”  seakan-akan beliau sudah tidak relevan. Hakikatnya, naratif ini bukan sahaja tidak berasas, malah mengabaikan rekod sebenar pentadbiran GRS yang terbukti stabil, konsisten dan berpijak pada realiti pembangunan negeri.

𝗠𝗮𝗻𝗱𝗮𝘁 𝗛𝗮𝗷𝗶𝗷𝗶 𝗗𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗗𝗮𝗿𝗶 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁, 𝗕𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗘𝗵𝘀𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗻𝗮-𝗠𝗮𝗻𝗮 𝗣𝗮𝗿𝘁𝗶:

Hajiji dilantik sebagai Ketua Menteri bukan melalui rundingan pintu belakang, tetapi melalui mandat rakyat dalam PRN-16 (2020). Ketika itu, GRS , yang terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), PBS dan calon Bebas , memperoleh majoriti dan diberi kepercayaan membentuk kerajaan.

Lebih penting, mandat itu kekal utuh walaupun kerajaan GRS cuba digulingkan menerusi Langkah Kinabalu pada awal 2023. Namun, majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tetap berdiri teguh bersama Hajiji. Jika benar beliau hilang sokongan, kerajaan itu sudah tumbang sejak awal lagi.

𝗚𝗥𝗦 𝗕𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗚𝗮𝗴𝗮𝗹 ,𝗖𝗮𝗽𝗮𝗶𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗥𝗲𝗸𝗼𝗱 𝗠𝗲𝗺𝗯𝘂𝗸𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮:

Mudah untuk melontar slogan “kerajaan gagal”, tetapi fakta membuktikan sebaliknya. Sepanjang tempoh pentadbiran GRS, beberapa pencapaian penting telah direkodkan:

 i.Hak MA63 direalisasikan ,bukan sekadar dilaungkan:

• Pemberian khas Sabah meningkat daripada RM53 juta (era Warisan) kepada RM300 juta (2022) dan kini RM600 juta setahun.

• Autonomi elektrik, pengiktirafan JKR & JPS sebagai agensi teknikal negeri, wakil dalam LHDN ,semuanya diperoleh di bawah pentadbiran GRS.

ii. Ekonomi negeri berada pada tahap terbaik dalam Sejarah:

• Hasil negeri tertinggi selama tiga tahun berturut-turut.

• Rizab kewangan Sabah meningkat dan belanjawan negeri semakin kukuh.

iii.Isu rakyat tidak diselesaikan dengan retorik, tetapi tindakan.

• Projek air seperti Empangan Cinta Mata (Tawau), Ulu Padas (Tenom), Kogopon (Papar), Limbawang (Beaufort) sedang berjalan.

• Empangan hidroelektrik, naik taraf loji rawatan air dan kabel elektrik antara daerah hanya berlaku apabila ada perancangan jangka panjang, bukan janji setahun siap.

• Rumah Mesra SMJ -satu-satunya program rumah percuma kepada rakyat miskin dan belia berkahwin di Malaysia.

• Pengiktirafan Tanah Adat melalui program PANTAS terus diperkasa.

Semua ini bukan lahir daripada kerajaan yang “gagal”.

𝗦𝗧𝗔𝗥 & 𝗦𝗔𝗣𝗣 𝗞𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗚𝗥𝗦 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗶𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗰𝗮𝗵-𝗯𝗲𝗹𝗮𝗵:

Keputusan STAR dan SAPP keluar GRS menjelang PRN-17 bukan kerana konflik ideologi atau pertelingkahan peribadi. Ia adalah soal strategi kerusi. Kedua-dua parti tidak menyerang GRS atau Hajiji ,malah mengakui keputusan itu dibuat secara hormat dan demokratik.

GRS kekal teguh dengan gabungan Gagasan Rakyat (PGRS), PBS, PHRS, USNO, LDP, PCS, disokong rakan persekutuan PH. Ia bukan perpecahan, tetapi penyusunan semula politik Sabah.

𝗦𝗼𝗮𝗹 “𝗦𝗶𝗮𝗽𝗮 𝗦𝗲𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝗛𝗮𝗷𝗶𝗷𝗶?”  𝗕𝗶𝗮𝗿𝗹𝗮𝗵 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗧𝗲𝗻𝘁𝘂𝗸𝗮𝗻:

Dalam demokrasi, kepimpinan boleh datang dan pergi. Namun, menggambarkan seolah-olah rakyat sudah menolak Hajiji adalah satu manipulasi persepsi.

Hajiji sudah membuktikan:

i. Beliau memulihkan kestabilan selepas bertahun-tahun politik Sabah bergolak.

ii. Beliau menempatkan Sabah bukan lagi sebagai “fixed deposit”, tetapi rakan setara kepada Persekutuan.

iii. Beliau menaikkan hasil negeri dan melaksanakan pelan pembangunan SMJ dengan konsisten.

Jika kini timbul soalan “siapa selepas Hajiji?”, jawapannya mudah! Biar rakyat yang menentukan, bukan individu yang merasa lebih layak.

 𝗞𝗲𝗽𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗕𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗕𝗲𝗿𝗴𝗮𝗻𝘁𝗶, 𝗧𝗲𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗝𝗮𝘀𝗮 𝗧𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗕𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗗𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮𝗺𝗸𝗮𝗻:

Menilai kepimpinan bukan sekadar melihat siapa bersuara paling lantang atau siapa paling bijak berpolitik. Tetapi siapa yang membawa hasil.

GRS dan Hajiji mungkin tidak sempurna , tetapi mereka bekerja, bukan sekadar berjanji. Mereka menuntut hak negeri dan mendapatkannya. Mereka membangunkan asas, bukan sekadar mencipta slogan.

Maka, sebelum menulis naratif sensasi “siapa selepas Hajiji?”, tanyalah diri sendiri:

Siapa sebelum ini yang betul-betul membawa hasil sepertinya?


*𝙋𝙖𝙣𝙙𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙙𝙞𝙠𝙚𝙢𝙪𝙠𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙧𝙚𝙣𝙘𝙖𝙣𝙖 𝙞𝙣𝙞 𝙖𝙙𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙥𝙚𝙣𝙙𝙖𝙥𝙖𝙩 𝙥𝙚𝙧𝙞𝙗𝙖𝙙𝙞 𝙅𝙪𝙡𝙞𝙖 𝘼𝘽𝙏 𝙙𝙖𝙣 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙨𝙚𝙢𝙚𝙨𝙩𝙞𝙣𝙮𝙖 𝙢𝙚𝙬𝙖𝙠𝙞𝙡𝙞 𝙥𝙚𝙣𝙙𝙞𝙧𝙞𝙖𝙣 𝙧𝙖𝙨𝙢𝙞 𝙂𝙖𝙗𝙪𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙖𝙩𝙖𝙪 𝙋𝙖𝙧𝙩𝙞.