Home » PAT Pergerakan Beliawanis Gagasan Rakyat bukan sekadar rutin biasa
Berita Gagasan Rakyat Politik

PAT Pergerakan Beliawanis Gagasan Rakyat bukan sekadar rutin biasa

AMANAT: Emmie ketika pada PAT Pergerakan Beliawanis Gagasan Rakyat 2024, pada Sabtu di sini.

KOTA KINABALU: Persidangan Agung Tahunan (PAT) Pergerakan Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) 2024 bukan sekadar rutin biasa untuk ahli parti bersua muka, namun merupakan salah satu platform utama dalam membincangkan masa hadapan serta hala tuju parti. 

Ketua Pergerakan Beliawanis Gagasan Rakyat, Emmie Datuk Martin Idang berkata, para ahli jangan sesekali lupa dan abaikan fakta, bahawa wujud kemungkinan, ini merupakan PAT yang terakhir sebelum memasuki fasa Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun hadapan. 

“Oleh yang demikian, pentingnya kita menggunakan ruang dan kesempatan ini untuk kita sama-sama mencari kaedah, hala tuju, ketetapan dan membulatkan tekad kita untuk mengukuhkan perjuangan parti kita ini,” katanya dalam ucapan dasar beliau pada PAT Pergerakan Beliawanis Gagasan Rakyat 2024 pada Sabtu di sini,

Sementara itu, Emmie berkata, walaupun Gagasan Rakyat bukan parti yang mempunyai sejarah berdekad panjang, tidak bermakna parti ini tidak komited untuk merubah suasana politik di negeri ini. 

“Jika kita perhati arus semasa politik di Sabah ini, saya yakin kita semua dapat merasakan kembalinya politik yang berteraskan ‘Local Party’. 

“Saya kira, dalam banyak pertemuan kita dengan rakyat Sabah sendiri sekali pun arus ‘Suara dan Nada Tempatan’ ini cukup kuat dan bergema di segenap peringkat, senada dengan semangat ‘GEMA Beliawanis’ yang kita pasakkan di dalam setiap langkah kita,” katanya. 

Tambah Emmie, atas landasan perubahan dan sifat dinamik itulah yang melahirkan Gagasan Rakyat, sebuah parti yang relatifnya baru dan berusia muda tapi mampu menjadi lebih tangkas dan komited. 

“Kita perlu buktikan kepada masyarakat bahawa baharu dan mudanya usia kita kita itu bukan bermakna kita lemah dan tidak matang. 

“Kita juga perlu buktikan bahawa walaupun secara teknikalnya baharu, tetapi parti kita diterajui dan dinahkoda oleh kalangan pemimpin yang mempunyai kebijaksanaan, kematangan, ketenangan, kesungguhan dan komited untuk membantu rakyat Sabah.

“Kita di Pergerakan Beliawanis harus cukup berbangga dan yakin, bahawa pimpinan utama kita khsususnya Presiden, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan rakan-rakan pimpinan tertinggi telah memimpin kita dan negeri Sabah keseluruhannya dengan cukup tenang dan penuh kebijaksanaan,” ujarnya. 

— TAMAT

About the author

JABT

Add Comment

Click here to post a comment