SANDAKAN: Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting menyantuni mangsa kebakaran yang berlaku Kampung Karamunting Baru.
Pembantu Khas kepada ADUN Karamunting, Yapp Siew Ming berkata, pihaknya mengucapkan takziah kepada keluarga berkenaan yang mana tragedi itu telah mengorbankan seorang ahli keluarga.
“Kebakaran yang dipercayai berlaku diakibatkan litar pintas telah mengorbankan seorang pemuda yang menghidapi penyakit strok.
“Kami amat sedih mendengar berita ini,” katanya ketika mewakili ADUN Karamunting, Datuk George Hiew melawat keluarga mangsa di Hospital Duchess of Kent, di sini baru-baru ini.
Dalam lawatan berkenaan, sumbangan turut disampaikan kepada keluarga mangsa.
Yapp berkata, pihaknya berharap seluruh komuniti mampu tampil memberikan sokongan kepada keluarga kurang bernasib itu dan teruskan usaha bagi memastikan kejadian seumpamanya tidak berulang kepada semua anggota masyarakat.
Beliau berkata, pihaknya juga telah melawat mangsa di lokasi kejadian sebelum ini.
— Yap Siong Han
Add Comment