SANDAKAN: Penduduk di sekitar Jalan Wong Kon Sung menghargai tindakan segera Jabatan Air Negeri Sabah yang membuat penyelenggaraan terhadap paip bocor sekali gus menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan berkenaan.
Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting, Datuk Chew Kok Woh berkata, pihaknya menerima aduan bahawa penduduk di kawasan berkenaan tidak menerima bekalan air sehingga hampir seminggu.
“Berikutan itu, saya telah menyampaikan masalah itu kepada pihak berwajib yang kemudiannya turun padang meninjau masalah berkenaan.
“Tinjauan mendapati terdapat tiga kebocoran paip bawah tanah yang berlaku sehingga menjejaskan bekalan air penduduk kampung.
“Pihak konsesi sedang membaiki kerosakan yang berlaku pada paip kecil, sementara penyelenggaraan paip air utama perlu menunggu kelulusan daripada jabatan air,” katanya.
Beliau menghargai tindakan pantas pihak berwajib yang mengambil maklum aduan daripada Unit PPM Karamunting.
–Yap Siong Han
Add Comment