Home » Perdana Menteri hadir rumah terbuka kerajaan negeri Ahad ini
Politik

Perdana Menteri hadir rumah terbuka kerajaan negeri Ahad ini

Perdana Menteri akan bersama-sama Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah R.M Jasni, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor dan barisan Kabinet Negeri pada sambutan itu.

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran kerajaan negeri di Sabah International Convention Centre (SICC) Ahad depan.


Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Ariffin Arif yang juga pengerusi penganjur berkata Anwar sudah menerima jemputan kerajaan negeri untuk menghadiri rumah terbuka terbabit.


“Perdana Menteri akan bersama-sama Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah R.M Jasni, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor dan barisan Kabinet Negeri pada sambutan itu,” katanya.


Ariffin berkata orang ramai turut dijemput hadir ke rumah terbuka yang bermula pada jam 10.00 pagi itu.

EDITOR