KOTA MARUDU:Program Ziarah Sayang anjuran Pergerakan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) diteruskan dengan kunjungan ke Kampung Taiwan, bagi meninjau kerja-kerja pembaikan rumah penduduk yang memerlukan bantuan.
Ketua Pergerakan Wanita Gagasan Rakyat merangkap Timbalan Ketua Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Redonah Bahanda, turun padang meninjau kerja-kerja pembaikan zink rumah Puan Basila Bakrin yang sedang dilaksanakan oleh pasukan Squad Prihatin.
Beliau merakamkan penghargaan kepada pasukan tersebut atas semangat sukarelawan dan komitmen membantu masyarakat luar bandar.
“Syukur alhamdulillah, saya sempat menziarahi dan meninjau kerja-kerja pembaikan rumah Puan Basila.
“Terima kasih kepada semua ahli pasukan Squad Prihatin atas keprihatinan dan semangat membantu masyarakat yang memerlukan,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Redonah berkata, inisiatif seperti Ziarah Sayang bukan sekadar bantuan fizikal, tetapi lambang semangat kebersamaan, kasih sayang dan tanggungjawab sosial dalam kalangan komuniti setempat.
“Usaha murni seperti ini harus diteruskan dan dijadikan inspirasi kepada kita semua untuk sentiasa berbuat kebaikan demi kesejahteraan masyarakat,” ujarnya.
Beliau turut menegaskan bahawa program berteraskan kebajikan seperti Ziarah Sayang akan terus digerakkan di seluruh kawasan Kota Marudu sebagai sebahagian daripada komitmen Gagasan Rakyat membantu golongan yang memerlukan tanpa mengira latar belakang.
— TAMAT

























Add Comment