Home » Projek PPRT RM46 juta dibina di Paitan: James
Berita Gagasan Rakyat Politik

Projek PPRT RM46 juta dibina di Paitan: James

HADIR: James (tengah) ketika hadir dalam majlis rumah terbuka berkenaan.

PAITAN: Pembangunan Bandar Pintar di daerah ini kini berkembang pesat terutama berkaitan Projek Perumahan Pembangunan Komuniti, kata Menteri Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib.

Menurutnya, bagi Projek Perumahan Pembangunan Masyarakat, kerajaan telah membina sebanyak 200 buah rumah PPRT bernilai RM46 juta.

Katanya, pembangunan berkenaan turut melibatkan pelbagai kemudahan lain termasuklah dewan dan sebagainya.

“Pembinaan ini sedang dijalankan di atas tanah seluas 30 ekar. Setelah siap ia akan memberi manfaat kepada golongan Miskin, Miskin Teruk dan layak B40. PPK ini juga akan dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur seperti masjid dan taman permainan.

“Begitu juga dengan pembinaan kompleks sukan mini yang sedang dibina dan beberapa bangunan seperti KDCA House of Paitan juga sedang dibina di Paitan ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media sempena majlis Rumah Terbuka Hari Raya di rumah Adun Sugut, bertempat di Pekan Botition, Paitan semalam yang dihadiri lebih 3,000 orang dari sekitar kawasan itu.

James berkata, agensi kerajaan juga kini sudah mula memasuki Paitan, di mana mereka telah pun mencari tapak seperti Jabatan Kebajikan, Jabatan Kesihatan dan lain-lain.

Katanya, dijangka dalam tempoh dua tahun wajah baharu Paitan akan mula muncul apabila kebanyakan projek sudah mula disiapkan satu persatu.

Dalam majlis ini dihadiri oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan budaya. Turut memeriahkan majlis adalah semua ketua masyarakat dari pelbagai kawasan.

Sementara itu, James mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir termasuk kakitangan dan pegawai kerajaan, wakil rakyat, Pegawai Daerah dan lain-lain.

“Selain menyediakan pelbagai juadah dan hiburan untuk pengunjung pada majlis itu, saya turut memberikan bantuan duit raya kepada mereka yang memerlukan termasuklah golongan asnaf fan kanak-kanak,” katanya. 

— Hamzah Sanudin

About the author

JABT

Add Comment

Click here to post a comment