KOTA MARUDU: Ketua Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) merangkap Timbalan Ketua Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Redonah Bahanda, mengetuai Program Ziarah Sayang dengan menziarahi 10 buah keluarga di Kampung Ranau, di sini, Ahad lalu.
Program turun padang itu bertujuan memperkukuh silaturahim dan mendengar sendiri keperluan serta cabaran yang dihadapi masyarakat setempat.
“Kunjungan seperti ini memberi peluang kepada saya untuk memahami keadaan sebenar di lapangan. Saya mendoakan agar setiap keluarga yang kami temui dikurniakan kesihatan, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan,” katanya.
Penduduk menyambut mesra kehadiran Redonah dan rombongan, yang turut meluangkan masa beramah mesra bersama keluarga yang diziarahi.
Program ini mencerminkan komitmen beliau untuk terus mendampingi rakyat tanpa mengira bangsa dan agama, selaras dengan prinsip kepimpinan mesra rakyat yang diamalkan.
— TAMAT

























Add Comment