TONGOD: 74 komuniti gereja di sini menerima sumbangan sebanyak RM50,000 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut Datuk Masiung Banah sempena perayaan Hari Natal tahun ini.
Sumbangan sentuhan kasih itu adalah bagi membantu jemaah gereja menjalankan aktiviti keagamaan pada Hari Natalpada 25 sehingga 26 Disember ini.
Beliau menyampaikan bantuan itu dalam satu majlis sambutan Hari Natal yang diadakan di Dewan Entilibon di sini, kelmarin.
Menurut Masiung, setiap gereja akan menerima sumbangan diantara RM2,000 sehingga RM500 bagi gereja kecil dan ia merupakan bantuan yang diagihkan setiap tahunan menjelang Hari Natal.
Dalam ucapannya, beliau akan sentiasa mengikuti libat urus dalam apa juga program pembangunan keagamaan di daerah itu.
Masiung mengesa para pemimpin komuniti gereja di kawasan Kuamut supaya mengutamakan keindahan luar dalam bangunan gereja menerusi projek gotong-royong dalam kalangan jemaah.
— Yap Siong Han
Add Comment