KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas, Datuk Seri Ruddy Awah memberikan jaminan akan terus kekal sebagai ADUN Pitas selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Beliau mencabar semua pihak pembangkang di Sabah untuk datang bertanding di DUN Pitas dan biarkan rakyat menentukan siapa yang menang.
“Yang mahukan Ketua Menteri Sabah meletak jawatan adalah Ketua Pemuda UMNO Sabah.
“Orang ini adalah orang Pitas, dan kami pernah bersaing pada pilihan raya sebelum ini dan dia kalah sama saya.
“Apa hak dia mahu mengarahkan Ketua Menteri letak jawatan, di kawasan dia sendiri pun dia boleh kalah sama saya,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata, negara mempunyai undang-undang dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat dan serahkan kepada perundangan.
“Dia kena sedar bahawa dalam partinya lagi banyak kes rasuah. Saya tidak setuju dengan kepimpinan mereka yang cuba menarik perhatian dengan isu-isu seumpamanya.
–Yap Siong Han
“Mereka mahu agar Ketua Menteri membubarkan DUN segera, bersabarlah kamu sampai bulan Oktober tahun hadapan, kita bubar juga.
“Lawanlah kita, gunakanlah senjata kamu sebaiknya dan kami sedia mempertahankan kerajaan hari ini,” katanya.
Ruddy berjanji akan memastikan kerusi DUN Pitas akan dimenangi semula para PRN akan datang dan ia merupakan hadiah kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
“Sekiranya diberikan peluang, saya akan mempertahankan kerusi ini pada PRN depan,” katanya.
–Yap Siong Han
Add Comment