KOTA KINABALU:Persatuan Rumpun Bajau Sama Sabah telah mengadakan kunjungan hormat kepada Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Datuk Akbar Khan di pejabat Kementerian Seni dan Budaya (MOTAC), Wilayah Persekutuan Putrajaya semalam.
Rombongan itu diketuai Naib Presiden Persatuan Rumpun Bajau Sama Sabah, Datuk Japlin Akim, Setiausaha Agung Persatuan Rumpun Bajau Sama Sabah, Datuk Kassim Razali serta ahli jawatankuasa persatuan.
Dalam pertemuan itu, Japlin memberitahu persatuan akan mengadakan Festival Kebudayaan Rumpun Bajau Sama Sabah dijangka pada bulan Februari 2025 di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Sama Kampung Lok Batik, Tuaran
Katanya persatuan tersebut akan bekerjasama dengan MOTEC dan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah untuk penganjuran Festival Kebudayaan.
” Festival Kebudayaan tersebut merupakan program tahunan PBSS”, kata Japlin.
— TAMAT
Add Comment