Home » Sambutan meriah di Penangah, Citra Kalaga dilancarkan
Berita Gagasan Rakyat Politik

Sambutan meriah di Penangah, Citra Kalaga dilancarkan

Hajiji (dua kiri), Masiung (dua kanan), Datuk James Ratib (kanan) dan Ketua Pengarang Citra Kalaga, Yussof J Imbang (kiri) memegang buletin itu selepas melancarkannya.

TONGOD: Majlis pecah tanah projek klinker dan simen bersepadu bernilai RM1.2 bilion di Kampung Kawayoi Penangah, Sabtu lepas, menjadi acara besar dan gemilang  bagi penduduk setempat.

Dianggarkan kira-kira 3,000 penduduk menghadiri majlis itu yang dimeriahkan dengan pelbagai pengisian menarik.

Selain acara rasmi, turut diadakan pameran pelbagai jabatan dan agensi kerajaan serta jualan Rahmah yang menawarkan harga murah kepada penduduk membeli barangan keperluan harian.

Pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh beberapa artis terkenal, antaranya Baby Shima dan artis tempatan, Datuk Francis Landong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut Datuk Masiung Banah, dalam ucapannya mengalu-alukan kehadiran Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Hj Noor yang menyempurnakan acara perasmian.

Sempena majlis itu, turut diadakan penyampaian sumbangan sebuah van daripada Masiung kepada SMK Tongod, disaksikan Ketua Menteri. 

Sebelum ini, beliau sudah menyerahkan van kepada SMK Entilibon dan SMK Penangah.

 Masiung (tengah) bersama sebahagian barisan pasukan Jabatan Editorial Citra Kalaga sempena majlis itu.
TATAP KALAGA: Masiung (tengah) bersama sebahagian barisan pasukan Jabatan Editorial Citra Kalaga sempena majlis itu.

Turut diadakan simbolik pelancaran `Citra Kalaga’, iaitu lidah rasmi DUN Kuamut.

Masiung turut mengumumkan dan menyampaikan sumbangan RM1,000 kepada 22 pasangan pengantin yang baharu berkahwin.

Dalam ucapannya, Masiung yang juga Pengerusi Lembaga Perumahan dan Pembangunan Bandar (LPPB) berazam untuk terus membangunkan kawasan yang diwakilinya.

About the author

JABT

Add Comment

Click here to post a comment