Home » Tanpa GPS Dan GRS, Tiada Parti Boleh Bentuk Kerajaan Persekutuan
Politik

Tanpa GPS Dan GRS, Tiada Parti Boleh Bentuk Kerajaan Persekutuan

Umno sepatutnya tidak bersaing dengan GRS, kerana menerusi persaingan, menunjukkan parti itu menguburkan gabungan parti tempatan Sabah tersebut.

MANA-MANA blok parti politik, perlu memahami, parti mereka tidak akan dapat membentuk kerajaan Persekutuan tanpa sokongan GPS dan GRS.

Dalam senario sekarang, GPS dan GRS sudah terikat dengan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menerusi kerajaan Perpaduan.

Walaupun pada masa ini, keterikatan antara blok-blok tersebut hanya dalam bentuk persefahaman, tidak mustahil ianya diperkukuhkan, seperti mana Barisan Nasional semasa dianggotai 13 komponen parti.

Jika ikatan antara blok-blok parti ini berterusan, sukar bagi parti pesaing, iaitu Perikatan Nasional (PN) menduduki Putrajaya.

Ikatan blok-blok parti ini, akan memberi kesan pada kawasan-kawasan majoriti melayu di Semenanjung, yang menjadikan kekuatan PN pada PRU-15 tidak berulang.

Kaum melayu Semenanjung terpaksa membuat pilihan, menyokong PN, hanya terhad di peringkat negeri, tidak di peringkat persekutuan. Akan tetapi jika kembali menyokong Umno, boleh kembali sebagai kuasa besar di peringkat persekutuan termasuk juga negeri seperti mana lalu-lalu.

Membaca kebarangkalian ini, Umno kena berterima kasih pada GPS dan GRS, atas sebab faktor dua parti ini, Umno mendapat semula kepercayaan kaum yang diperjuangkan parti itu.

Di Sarawak, tiada masalah, kerana Umno tidak beroperasi di negeri itu, akan tetapi di Sabah berbeza,

Jika pemimpin Umno memberi penilaian bahawa parti itu dapat bangkit selain faktor PH, juga kerana GPS dan GRS, maka perlu melihat semula kehadiran di Sabah.

Umno sepatutnya tidak bersaing dengan GRS, kerana menerusi persaingan, menunjukkan parti itu menguburkan gabungan parti tempatan Sabah tersebut.

Kehadiran Umno ke Sabah pada tahun 1991 kerana atas kehendak rakyat Sabah, namun senario kini, selepas adanya parti gabungan parti tempatan Sabah, menunjukkan, jemputan pada tahun 1991 itu sudah tamat tempoh.

Umno tidak boleh kelihatan mahu melumpuhkan Gabungan parti tempatan negeri itu, dengan mengulangi kedudukan sebelum ini, kerana melalui tindakan itu, GRS akan berada dalam dilema yang memaksa membuat keputusan politik.

Umno kena menilai, tanpa sokongan GPS dan GRS, kaum yang menyokong parti itu tidak akan berpaling menyokong PN.

Hanya kerana kaum terbesar itu melihat bahawa PN mempunyai kerbarangkalian kecil menduduki Putrajaya atas sebab tidak mendapat sokogan GPS dan GRS, maka menyokong semula parti melayu itu, agar parti itu kembali semula sebagai parti tonggak dalam politik negara.

Pemimpin Umno kena kelihatan tidak rakus, dan perlu kembali pada kedudukan asal parti itu, iaitu parti Tanah Melayu atau Semenanjung.

Bagi parti-parti PH pula, kena membuat keputusan, untuk tidak bersaing di kawasan-kawasan bumiputera, untuk menunjukkan parti itu, mahu GPS atau GRS terus bersama-sama dengan parti itu. Jika juga parti itu membuat keputusan “free contest” maka dua blok parti Sabah dan Sarawak itu juga berhadapan dilema yang memaksa membuat keputusan politik. Fikir-fikirkan.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News