KOTA KINABALU: Timor Leste berhasrat untuk mengukuhkan hubungan perdagangan dua hala dengan Sabah, terutamanya dalam bidang pertanian.
Duta Timor Leste ke Malaysia, Lisualdo Gaspar, semasa pertemuan dengan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor di sini hari ini, menyatakan minat negaranya untuk meneroka kerjasama perdagangan yang lebih erat dengan Sabah.
Beliau juga mengalu-alukan Sabah untuk melihat peluang perniagaan di Timor Leste.
Lisualdo diiringi oleh Pengerusi Invest Sabah Tan Sri Anifah Aman dan Ketua Pegawai Eksekutif Borneo Corporation Dr Nasir Latiff.
— TAMAT
Add Comment