Home » Tun Abdullah banyak berjasa kepada negara: Hajiji
Berita GRS Politik

Tun Abdullah banyak berjasa kepada negara: Hajiji

Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, malam tadi.


Hajiji dalam kenyataannya turut mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta beramal soleh.


Beliau menyifatkan PM kelima sejak tahun 2003 hingga 2009 itu sebagai seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada negara ini, dan telah melancarkan lima Koridor Ekonomi Malaysia ketika pemerintahannya termasuk Koridor Pembangunan Sabah atau SDC pada tahun 2008.


“Antara objektif projek SDC ini adalah untuk menjadikan Sabah sebagai pintu masuk untuk perdagangan, pelaburan dan pelancongan, mewujudkan peluang pekerjaan, menjadikan negeri ini lebih celik teknologi dan sebagai negeri yang selesa untuk didiami, harmoni tanpa mengira bangsa dan agama. Projek ini telah memberi banyak manfaat dalam pembangunan negeri.


“Dalam masa sama, Tun Abdullah yang memimpin negara selama enam tahun itu juga adalah seorang pemimpin berjiwa rakyat, peramah dan disenangi ramai,” katanya.

— TAMAT

About the author

JABT

Add Comment

Click here to post a comment