SANDAKAN: Penduduk Karamunting diminta sentiasa peka dan berhati-hati dengan keadaan sekeliling khususnya dalam musim hujan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Datuk George Hiew berkata, cuaca tidak menentu sejak beberapa hari ini telah menyebabkan hujan lebat, sekali gus tanah runtuh di sekitar kawasan Karamunting.
“Antara kawasan yang terjejas ialah lokasi berbukit di tepi Jalan Cecily, Kampung Cecily, Kampung Kombo Bukit dan beberapa kawasan lain.
“Saya turun padang meninjau lokasi-lokasi terjejas ini dan telah mengambil tindakan seperti menutup kawasan dengan kanvas sebagai usaha sementara.
“Saya juga memberikan kanvas kepada penduduk yang memerlukannya,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Beliau mengingatkan sekiranya terdengar bunyi bising yang pelik di kawasan berbukit ketika musim hujan, penduduk diminta segera berpindah ke kawasan yang lebih selamat.
“Keselamatan anda adalah keutamaan kami…Jika ada sebarang keperluan atau dalam keadaan berbahaya, maklumkan kepada pihak berkuasa atau pasukan kami,” katanya.
— Yap Siong Han
Add Comment