KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor melepaskan peserta Larian Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA XX) Zon Sabah ke-20 yang berlangsung di Stadium Likas, di sini pada malam Sabtu.
Seramai 2,515 peserta dari sektor kerajaan dan orang awam telah mengambil bahagian dalam larian berkenaan yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu lima kilometer (km) dan 10km.
Kira-kira 1,700 peserta menyertai larian sejauh lima km, manakala 815 lagi menyertai kategori 10km.
MAPPA XX telah dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Persekutuan melalui Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) Sabah.
Turut hadir ialah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Panglima Christina Liew; Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Dr Mohd Bakhari Ismail dan Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Seri Haji Rosli Isa.
— TAMAT

























Add Comment