TAWAU , 09 Sep : YB Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Nizam DSP Hj Abu Bakar Titingan telah meraikan dan beramah mesra dengan lepasan pelajar SM Islamiah Tawau yang akan melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar Mesir pada 25 September tahun ini. Majlis meraikan pelajar ini telah diadakan di bilik VIP Restoran Sthamin.
Dalam majlis ini, seramai 10 orang pelajar (3 Lelaki dan 7 Perempuan) telah dimaklumkan terhadap sumbangan kewangan daripada pihak kerajaan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) sehingga tamat pengajian. Dimajlis ini juga, YB Datuk Nizam turut menyampaikan sumbangan peribadi berjumlah RM500 seorang.
Nizam ketika sidang media menyatakan “syabas dan tahniah kepada adik-adik yang akan melanjutkan pelajaran ke Universiti Al Azhar yang masing-masing akan menyambung pengajian dalam bidang bahasa Arab, Usuludin dan Syariah”.
“Rebut ruang dan peluang yang telah diberikan oleh kerajaan ini untuk bersungguh-sungguh dan tidak menghampakan orang tua mereka serta menjadi ikon dan contoh kepada masyarakat dengan dapat menyumbangkan kembali ilmu yang diperolehi kepada Negeri sendiri dan masyarakat khususnya dibumi Tawau”.
Musyarafatul Yaqiin 19 ,yang akan melanjutkan pengajian dalam bidang Syariah Islamiah kelak teruja dengan keperihatinan kerajaan negeri, “sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban ibu bapa mereka dalam menghantar anak melanjutkan pengajian ke luar negara”.
Afiqahemylia Pide 19, yang mana juga akan melanjutkan pengajian dalam bidang Syariah Islamiah kelak turut “rasa bersyukur atas bantuan yang diberikan sekaligus dapat memotivasikan diri mereka kelak untuk dapat membalas dengan berkhidmat semula kepada masyarakat”.
— AK Marzuki Bin Ag Latip
Add Comment