Belanjawan bajet 2024 bajet menjulang rakyat mengangkat martabat Negeri Sabah selari dengan slogan Sabah Maju Jaya. kita menyaksikan bahawa kerajaan dibawah kepimpinan YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) merupakan seorang pemimpin yang cakna, berpandangan jauh, bekerja keras untuk rakyat dan sentiasa mencari alternatif terbaik membawa Sabah ke mercu kejayaan.
Apabila sebuah kerajaan dipimpin oleh pemimpin yang tepat maka cabaran dan rintangan mampu diatasi dengan sebaiknya. Alhamdulillah dibawah kepimpinan YAB Ketua Menteri menerajui negeri Sabah dalam tempoh 3 tahun, pencapaian dan kejayaan dapat dinikmati oleh rakyat. Buktinya hasil kutipan negeri meningkat dari tahun ke tahun dan kali ini sebanyak RM6.960 bilion hasil tertinggi pernah direkodkan.
Justeru, seluruh Pergerakan Wanita Gagasan Rakyat mengucapkan syabas dan tahniah diatas kejayaan YAB Ketua Menteri bersama barisan kepimpinan negeri yang juga merupakan Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah demi kemakmuran negeri dan menjamin kesejahteraan rakyat secara total. Benarlah kata pepatah mengatakan Kalau mencari tempat mandi, Pertama teluk Kedua pantai, Kalau mencari pemimpin negeri, Pertama elok kedua pandai.
Dalam belanjawan bajet baru-baru ini yang disampaikan oleh YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Kewangan Negeri mempamerkan keprihatinan kerajaan memperuntukkan sebanyak RM6.27 juta kepada Hal Ehwal Wanita Sabah.
Peruntukkan tersebut adalah untuk mengurus dan memperkasa kesejahteraan wanita melalui pelbagai program pembangunan modal insan.
Kami wanita amat yakin bahawa pengkhususan peruntukkan ini mampu memberi manfaat bagi usaha pemerkasaan dan menambahbaik kualiti modal insan, khasnya seluruh wanita di negeri Sabah.
Selain itu, kerajaan juga turut menyediakan peruntukkan sebanyak RM11 juta kepada Yayasan Usaha Maju (YUM) dengan tujuan untuk membantu golongan suri rumah, ibu tunggal, peniaga kecil, petani, penternak, nelayan dan usahawan kecil yang memerlukan modal pinjaman mikro untuk mengusahakan kegiatan ekonomi masing-masing.
Ini membuktikan bahawa kerajaan tidak pernah meminggirkan golongan ini kerana majoriti penduduk kita boleh dikatakan sememangnya menjalankan kegiatan ekonomi seumpama ini.
Suri rumah dan ibu tunggal yang peranan mereka juga sebenarnya amat besar dalam usaha membangunkan ekonomi negeri, turut diberi peluang untuk terlibat sama dan menerima manfaat serupa.
Semoga segala usaha dan perancangan kerajaan negeri, khasnya yang memfokuskan kepada wanita serta rakyat yang memerlukan, akan sentiasa terlaksana dengan lancar.
ANNA BELL @ SUZIEANA BT HJ PERIAN
KETUA PENERANGAN WANITA PARTI GAGASAN RAKYAT SABAH
30 NOVEMBER 2023
Add Comment