KOTA KINABALU:Langkah Kerajaan Negeri Sabah menandatangani Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) bersama PETRONAS pada Disember 2021 terbukti sebagai pencapaian penting dalam memastikan hasil minyak dan gas negeri ini dapat dinikmati rakyat Sabah sendiri, bukan hanya mengalir ke peringkat Persekutuan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata inisiatif ini bukan sahaja meningkatkan pendapatan negeri, malah membuka peluang besar kepada anak-anak Sabah dalam sektor pekerjaan dan perniagaan tempatan, khususnya industri minyak dan gas.
โCCA memberi lebih banyak peluang pekerjaan serta kontrak kepada syarikat perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) tempatan. Nilai kontrak meningkat daripada RM613 juta pada 2021 kepada RM2 bilion pada 2024 โ lonjakan yang jelas membuktikan manfaat CCA kepada rakyat,โ katanya.
๐๐๐ฅ๐ฎ๐๐ง๐ ๐๐๐ค๐๐ซ๐ฃ๐๐๐ง & ๐๐จ๐ง๐ญ๐ซ๐๐ค ๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ญ๐๐ง:
Melalui SMJ Energy, Sabah kini mempunyai pegangan ekuiti dalam projek-projek PETRONAS, yang memberi pulangan dividen dan hasil tambahan kepada belanjawan negeri.
Kerajaan negeri bersama PETRONAS menetapkan sasaran baharu iaitu 100% kontrak tempatan untuk jawatan bukan teknikal dan sekurang-kurangnya 80% untuk jawatan teknikal dalam sektor OGSE diisi rakyat Sabah.
โIni mencerminkan komitmen Sabah memperkukuh penyertaan anak tempatan dan membina ekosistem tenaga yang berdaya tahan serta berasaskan bakat tempatan,โ tegas Hajiji.
Pada 2021, jumlah kontrak yang diberikan kepada syarikat Sabah untuk kerja-kerja perkhidmatan minyak dan gas hanya RM341 juta. Menjelang akhir 2024, jumlah itu melonjak melebihi RM2 bilion, melibatkan projek di dalam dan luar Sabah.
๐๐๐๐๐ก ๐๐๐๐๐ ๐๐ข ๐๐๐ ๐๐๐๐
Hajiji menegaskan industri minyak dan gas kekal sebagai tunjang pertumbuhan ekonomi Sabah, menyumbang hampir 40% pengeluaran minyak dan kira-kira 20% hasil gas negara.
โPeranan Sabah bukan sekadar pengeluar. Kita mahu menjadi pusat kecemerlangan OGSE yang memacu inovasi, pemindahan teknologi dan amalan tenaga mampan,โ katanya.
Kerajaan negeri melalui SMJ Energy kini mengambil langkah strategik untuk memperoleh ekuiti dalam aset huluan dan hiliran utama di Sabah, selain mengukuhkan kedudukan Sabah Energy Corporation sebagai pembekal dan pengangkut gas asli domestik terbesar di Malaysia.
๐๐๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐๐ง๐๐ฎ๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ญ๐๐ง & ๐๐๐ซ๐ค๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ข๐๐ง ๐๐๐ฃ๐ข๐
Untuk memastikan peluang ini terus berpihak kepada rakyat, Sabah menubuhkan Majlis Kandungan Tempatan Sabah yang dipantau SMJ Energy, serta melaksanakan Pasukan Petugas Bersama Perkongsian Wajib.
Inisiatif ini, bersama panduan Kinabalu Activity Outlook (KAO), memastikan syarikat tempatan bersedia dan mendapat akses maklumat tepat bagi memanfaatkan peluang kontrak.
โVisi kita ialah membina rangkaian peluang OGSE yang melangkaui kontrak jangka pendek, sambil menggalakkan pemindahan ilmu, pertukaran teknologi dan usaha sama yang boleh melonjakkan pemain tempatan ke tahap serantau,โ ujar Hajiji.
Beliau menegaskan usaha ini bukan sekadar meletakkan asas kemakmuran semasa, tetapi juga membina ekosistem OGSE yang berdaya tahan, inovatif dan mampan untuk generasi akan datang.
— TAMAT

























Add Comment