Home » CIS sumbang RM100,000 kepada Yayasan Kebajikan Sabah
Berita GRS Politik

CIS sumbang RM100,000 kepada Yayasan Kebajikan Sabah

Pengerusi CIS, Datuk Japlin Akim menyampaikan cek replika RM100 ribu kepada Diyanah mewakili Yayasan Kebajikan Sabah sambil dihadiri Sumardi dan Ezrie.

Kota Kinabalu : Cement Industries (Sabah) Sdn. Bhd. (CIS) hari ini menyampaikan sumbangan bernilai RM100,000 kepada Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu di sini hari ini.

Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Pengerusi CIS, Datuk Japlin Akim kepada Pengarah YKS, Datuk Diyanah Abdullah, sebagai sebahagian daripada komitmen syarikat terhadap tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam menyokong kebajikan masyarakat di Sabah.

Turut hadir menyaksikan majlis penyerahan ialah Pengurus Besar CIS, Sumardi Mohd Yusuf dan Pengurus Kanan Sumber Manusia, Ezrie Ag Raini 

Japlin dalam ucapannya menegaskan bahawa CIS sentiasa prihatin terhadap keperluan komuniti dan akan terus memainkan peranan aktif dalam membantu meningkatkan kesejahteraan rakyat di negeri ini.

“CIS bukan sahaja komited dalam membangunkan industri pembinaan negeri, tetapi juga sentiasa memberi perhatian kepada aspek kebajikan dan kesejahteraan masyarakat. Sumbangan ini diharap dapat membantu YKS dalam melaksanakan pelbagai program kebajikan untuk manfaat rakyat Sabah,” katanya.

Sementara itu, Datuk Diyanah Abdullah mewakili YKS merakamkan penghargaan kepada CIS atas sumbangan tersebut yang akan dimanfaatkan untuk pelbagai inisiatif kebajikan di seluruh negeri.

— TAMAT

About the author

Elle ABT

Add Comment

Click here to post a comment