Nizam berkata sepatutnya Datuk Seri Shafie Apdal bermuhasabah diri bahawa kepimpinan beliau ditolak oleh ADUN dari partinya sendiri dan juga rakyat pada PRU15 lepas

Datuk Seri Shafie Apdal seharusnya menyalahkan diri beliau sendiri serta parti yang beliau pimpin apabila beberapa ADUNnya keluar dari Parti Warisan.


Mereka yang keluar parti bertindak sedemikian sebab Parti Warisan tidak lagi sesuai menjadi platform memperjuangkan hak-hak dan membela rakyat kerana para pemimpin utama parti itu lebih gemar menimbulkan polimek dan ketidakstabilan politik yang hanya menyusahkan rakyat dan mengganggu agenda kerajaan membangunkan negeri ini.


Dakwaan Datuk Seri Shafie Apdal bahawa ADUNnya keluar parti kerana dibeli bukan sahaja cerita fitnah tetapi politik murahan yang cuba memalitkan imej negatif kepada kerajaan Sabah dibawah pimpinan YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor Hajiji Haji Noor sebagai Ketua Menteri.


Ucapan Datuk Seri Shafie di Parlimen baru ini yang membuat tuduhan dengan cerita dongeng bahawa Wakil Rakyatnya keluar parti kerana telah dibeli oleh GRS telah mengesahkan sikap beliau sendiri sebagai seorang pemimpin yang hanya suka berpolimek dan menimbulkan ketidakstabilan politik di Sabah.


Jika Presiden Parti Warisan itu mempunyai bukti ADUNnya dibeli sepertimana dakwaan beliau, maka laporlah pada SPRM dan bukannya hanya membuat dakwaan retorik kerana kelemahannya sendiri lalu menyalahkan orang lain.


Sepatutnya Datuk Seri Shafie Apdal bermuhasabah diri bahawa kepimpinan beliau bukan sahaja ditolak oleh ADUN dari partinya sendiri tetapi keputusan PRU15 November lalu mendapati parti itu telah semakin ditolak rakyat bila gagal mempertahankan 5 kawasan parlimen yang disandangnya semasa PRU14 lalu termasuklah kekalahan teruk timbalan presiden dan ketua penerangan parti itu.

YB Datuk Haji Nizam Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan
KETUA PENERANGAN PARTI GAGASAN RAKYAT

Next articleBelanjawan 2023: Tingkatkan kecekapan pengurusan, kurangkan birokrasi – Masidi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here