KOTA KINABALU: Dakwaan salah guna kuasa berhubung urus niaga tanah melibatkan kerajaan negeri dan seorang ahli perniagaan Sarawak dalam laman Facebook adalah cubaan teruk pembangkang untuk mencemarkan nama baik Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.

Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, dakwaan di laman Facebook itu dipenuhi dengan fakta rekaan.

“Semakan dengan Jabatan Tanah dan Ukur Negeri menunjukkan semua permohonan tanah telah diproses mengikut prosedur dan undang-undang sedia ada. 

“Malah, tiada hak milik tanah dikeluarkan untuk empat permohonan tanah yang disebut dalam laman Facebook itu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, laman Facebook itu juga mendakwa ahli perniagaan terbabit dilihat mempunyai hubungan rapat dengan Hajiji, jadi mesti ada sesuatu yang mencurigakan, tetapi ahli perniagaan itu juga dilihat rapat dengan bekas Ketua Menteri dari WARISAN sebelum ini. 

Katanya, ada yang tidak kena dengan mentaliti sebegini. Memandangkan pembangkang tidak dapat menyentuh mengenai kejayaan kerajaan negeri menarik pelabur berimpak tinggi ke Sabah. Jadi, mereka menggunakan taktik kotor dan jijik untuk merosakkan imej Ketua Menteri. 

“Laporan polis akan dibuat terhadap laman Facebook itu supaya siasatan dapat dilakukan untuk membawa pihak yang bertanggungjawab menyebarkan pembohongan ke muka pengadilan,” katanya.

— TAMAT

Previous articleTiada Hak Milik Tanah Dikeluarkan, Hanya Taktik Kotor Untuk Menjatuhkan Hajiji – Gagasan Rakyat
Next articleHajiji sangkal dakwaan salah guna kuasa urus niaga tanah di Kudat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here