KUALA LUMPUR – Tuduhan mengaitkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dengan skandal dakwaan perlakuan rasuah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu adalah fitnah.
Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, beliau secara peribadi amat mengenali Hajiji biar pun tidak terlibat dengan mana-mana ahli parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Katanya, tuduhan yang menyatakan Hajiji menekan bekas seorang bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) berkaitan projek kepada kontraktor pilihan adalah diyakini merupakan fitnah jelik dan jahat.
“Apa bukti dakwaan itu? Ia sekadar tuduhan.
“Saya harap polis siasat dan panggil bekas CEO ini kerana itu tuduhan cukup melampau dan jelik kepada Hajiji,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Sri Petaling di sini pada Khamis.
Zulkarnain berkata, beliau amat yakin Hajiji tidak mempunyai kaitan dengan isu terbabit.
Jelasnya, laporan ini bagi membersihkan nama Hajiji dan berharap agar polis dapat bertegas dengan isu terbabit.
Add Comment