SIASAT DAN TANGKAP: FITNAH TERANCANG DAN KERAKUSAN MANTAN CEO SMM BERSAMA ALBERT TEI DALAM MEMBOLOT LESEN MINERAL NEGERI SABAH.
Saya berpendapat bahawa Jontih Enggihon mantan CEO Sabah Mineral Management Sdn Bhd (SMM) ini sama sekali tiada kesedaran agama dan moral dalam memastikan amanah yang dipikul sebagai penjawat awam lantikan kerajaan negeri untuk membawa kemakmuran rakyat negeri Sabah tapi sebaliknya dia menggunakan kedudukannya untuk menikam, memfitnah dan menyalahkan orang lain bila kerakusannya diketahui. Maka tidak syak lagi bahawa dialah yang rasuah sebenar kerana rasuah itu juga merangkumi kesalahan pengkhianatan kepada tugas yang diamanahkan.
Perbuatan mantan CEO SMM ini adalah satu bentuk kezaliman yang bukan sahaja merosakkan imej dan reputasi pemimpin yang ditomah, malah mencalarkan imej pentadbiran kerajaan negeri, masyarakat dan negara. Pada saya, mantan CEO SMM inilah yang menikmati hasil jenayah rasuah sebagai rezekinya tapi menabur fitnah dengan tujuan menjatuhkan pemimpin.
Saya berpendapat bahawa mantan CEO SMM ini adalah seorang pengkhianat kepada kerajaan dan rakyat negeri Sabah.
Ayuh rakyat negeri Sabah, kita bersatupadu mempertahankan pimpinan kerajaan yang diketuai YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor untuk melawan fitnah terancang yang dicipta dengan tujuan menghancurkan pemimpin Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Sabah).
*Penulis Joseph@Mohd Faizal Basiah merupakan Ketua Penerangan Gagasan Rakyat Labuan.
*Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian dan pandangan beliau sebagai anak Sabah yang mengambil berat politik tempatan.
Add Comment