SIPITANG: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Sindumin baru-baru ini mengadakan mesyuarat jawatankuasa bahagian bagi membincang beberapa perkara berbangkit demi memantapkan lagi gerakan parti.
Ketua Penaja Gagasan Rakyat Bahagian Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob dalam ucapan semasa mesyuarat itu turut mengingatkan pentingnya ahli-ahli bahagian memahami perjuangan parti.
Dalam mesyuarat itu juga dibincangkan mengenai penubuhan cawangan selain aspek pentadbiran serta pengurusan parti bagi memastikan jawatankuasa yang dibentuk memahami peranan masing-masing.
Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin berharap ahli jawatankuasa yang dibentuk dapat melaksanakan amanah masing-masing dengan sebaiknya.
Beliau turut menekankan supaya jawatankuasa berkaitan dapat menyusun strategi masing-masing bagi membolehkan parti itu melaksanakan jelajah penerangan di setiap zon.
— TAMAT
Add Comment