KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata,kehadiran Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) akan memperkukuh citra perjuangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai satu jajaran lokal dan formula
tempatan.
Katanya, Gagasan Rakyat sebagai sebuah wadah “Solidariti Suara Sabah” akan
membawa citra kesatuan masyarakat berbilang kaum yang mendokong agenda
Sayangi Sabah yang menjadi landasan GRS dengan teras perjuangan Sabah First,
Sabah Forward, Sabah Prosper dan Sabah United.
Beliau yakin, solidariti akan menjadikan suara Sabah lebih kuat dan berkesan. Kita kuat apabila kita bersatu. Kita akan dihormati sekiranya kita kuat dan bersatu.
membolehkan Sabah menubuhkan Suruhanjaya Tenaga Elektriknya sendiri”.
Kami bertegas menyeru agar Kerajaan Persekutuan menyegerakan kajian semula
Artikel 112D berkaitan tuntutan 40 peratus perkongsian hasil dan pemberian khas,
pendirian kami menolak Akta Laut Wilayah 2012 yang mengehadkan sempadan maritim
negeri kepada hanya tiga batu nautika dan mengekalkan bahawa sempadan laut kita
hendaklah melebihi 200 batu nautika mengikut Perintah Borneo Utara (Pengubahan Sempadan) termaktub dalam Majlis 1954″.
“Ini adalah bukti komitmen kita yang tidak pernah berhenti untuk menuntut apa yang
terbaik kepada rakyat melalui pengurusan yang berkesan dan berhemat. Ini adalah
komitmen dan ikrar saya sebagai Ketua Menteri bahawa kerajaan saya akan melakukan yang terbaik dengan sokongan berterusan daripada rakyat”.
“Marilah bekerja bersama saya dengan satu matlamat utama; kita tangani isu-isu rakyat
dan bina masa depan Sabah yang lebih maju dan berjaya. Kita teruskan dan lonjakkan
momentum pembangunan negeri. Kita buktikan Muafakat Sabah yang kita rintis ini
adalah pilihan tepat dan terbaik untuk tanah air tercinta”, tegasnya.
— EDITOR
Add Comment