KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor dan isteri, Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag antara tetamu yang menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah bersama Yang Dipertua Negeri Tahun 2024 di Dataran Kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Kepayan pada Jumaat.
Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Hajah Norlidah R.M.Jasni diiringi oleh Hajiji, Juliah dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun turut menyantuni gerai-gerai juadah.
Selain jamuan Aidilfitri, majlis itu yang dihadiri oleh warga PDRM dan keluarga mereka turut diserikan dengan persembahan hiburan oleh Kombo PDRM, artis-artis tempat dan keluarga Istana Negeri.
Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Kadzim M.Yahya, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr.Haji Mohd Arifin Mohd Arif, Timbalan Speaker DUN, Datuk Al-Hambra Juhar, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dan kenamaan lain.
— TAMAT
Add Comment