Home » Hajiji hadir Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri
Berita GRS Politik

Hajiji hadir Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri

Hajiji bersalam dengan tetamu yang menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri, Abdul Kassim di Kampung Tambalang, Tuaran.

TUARAN: Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Abdul Kassim Razali dan keluarga mengadakan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediamannya di Kampung Tambalang, Tuaran pada Ahad.

Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, pemimpin Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH).

Datuk Abdul Kassim Razali (berdiri, kiri) bergambar bersama tetamu yang hadir.

Ribuan masyarakat berbilang kaum menghadiri majlis itu yang diserikan dengan persembahan nyanyian terutamanya lagu-lagu Hari Raya.

— TAMAT

About the author

JABT

Add Comment

Click here to post a comment