Home » Hajiji pengerusi mesyuarat AMT GRS
Berita GRS Politik

Hajiji pengerusi mesyuarat AMT GRS

Hajiji (tengah) bersama para pemimpin dalam GRS merakamkan gambar kenangan

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mempengerusikan Mesyuarat Ahli MajlisTertinggi (AMT) GRS di sini pada Jumaat. 

Mesyuarat itu dihadiri oleh Timbalan-timbalan Pengerusi GRS yang juga Presiden-presiden parti komponen gabungan iaitu Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan (Parti Solidariti Tanah Airku (STAR)), Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam (Parti Bersatu Sabah (PBS)), Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia (Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO)) dan Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee (Parti Maju Sabah (SAPP)). 

Naib-naib Pengerusi yang hadir terdiri daripada Tan Sri Datuk Liew Yun Fah yang juga Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) dan Datuk Chin Su Pin yang juga Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP). Hadir sama Ketua Wanita GRS, Datuk Seri Panglima Azizah Mohd Dun, Ketua Pemuda GRS, Datuk Jonnybone J. Kurum, Setiausaha, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Bendahari, Ardino Diris, Ketua Penerangan, Datuk Joniston Bangkuai dan AMT-AMT lain.

Antara yang dibincangkan dalam mesyuarat itu termasuklah penubuhan Jentera Pilihanraya Pusat (Negeri) dan penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Pilihan Raya. 

Parti komponen GRS terdiri daripada Parti Gagasan Rakyat Sabah (GagasanRakyat), SAPP, PBS, STAR, USNO, Harapan Sabah, LDP, dan Parti Cinta Sabah (PCS).

— TAMAT