PEMIMPIN Umno dan Warisan, sudah hilang akal barangkali, pemimpin yang menyelamatkan harta Sabah diminta letak jawatan.
Hanya berpandukan rakaman video yang diragui kandungannya, dan perakam pula seorang conman, penipu, kemudiannya dijayakan oleh portal berita yang sinonim dengan manipulasi dan sensasi, maka, pemimpin dua parti itu macam hilang akal berlumba-lumba mendesak Ketua Menteri letak jawatan.
Tiada asas, untuk meminta Ketua Menteri meletakkan jawatan.
Jika menjadikan berbagai dakwaan liar menjadi asas seseorang Ketua Menteri letak jawatan, maka, sangat sedikit pemimpin negara ini yang berjawatan kekal, kerana terpaksa meletakkan jawatan, termasuk PMX.
Pembatalan lesen syarikat penyangak yang cuba membolot tanah-tanah Sabah menerusi kaedah kotor dan jijik yang dikoordinasi mantan CEO SMM, kemudiannya, membuat keributan dengan menyibarkan rakaman video yang disunting sedemikian rupa untuk mengugut, tidak menyebabkan Ketua Menteri tunduk.
Pantang anak samah berundur, tunduk, apa tah lagi dipihak benar dan betul. Pemimpin yang dilihat lemah lembut, jangan disangka, air yang tenang tiada buaya.
Pada hakikatnya, mereka yang mendesak Ketua Menteri meletakkan jawatan, tiada locus standi, kerana parti dan pemimpin mereka yang terpalit dengan rasuah, salah guna kuasa, bukan lagi menerusi persepsi, akan tetapi dibuktikan dan dihukum mahkamah.
Tindakan pemimpin Umno mendesak Ketua Menteri meletakkan jawatan, lebih rendah nilainya jika dirujuk pada “double standard” kerana kategori mereka, adalah golongan hilang akal aka gila.
Rakyat Sabah secara umum, sudah pasti tahu membezakan, pemimpin betul dan yang bukan. Pemimpin yang mempertahankan harta negeri dan pemimpin yang menjual harta negeri.
Latar belakang politik Sabah jelas, pemimpin yang mempertahankan hak negeri dengan sedaya upaya dijatuhkan, seperti mana berlaku pada Allahyarham Tun Mustapha, Tun Fuad, dan kemudiannya pada Tan Sri Pairin.
Kini, giliran Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menjadi sasaran, atas sebab memimpin sebuah parti yang bermisi, SABAHFIRST, SABAHFORWARD, SABAHPROSPER DAN SABAHUNITED DEMI SAYANGI SABAH.
Sudah tentu menjadi kerugian bagi rakyat, jika kehilangan Ketua Menteri yang berjiwa besar, mengutamakan rakyat, negeri, kesan daripada pengalaman berdekad yang dilalui, dan menyaksikan bagaimana rakyat dipecah-pecahkan, yang memberi kesan yang amat buruk pada kemajuan, pembangunan, ekonomi dan sosial rakyat.
Pemimpin parti yang mengamalkan pecah dan perintah, tidak duduk diam, melainkan perlu menyingkirkan pemimpin seperti Hajiji dan kawan-kawan, agar agenda mereka boleh bertapak semula.
Agenda pembunuhan karakter menerusi “trial by media” tidak akan kemana, kerana yang menjadi sasaran adalah para pemimpin yang berintegriti, bermoral tinggi, tidak terpalit dengan mana-mana salah laku apa tah lagi skandal.
Nama-nama mereka, hanya dibabitkan untuk satu komplot, melemahkan Ketua Menteri dan kerajaan Sabah.
Rakyat Sabah sedar, komplot atau projek pembunuhan karakter, adalah perbuatan terdesak, kerana dalang tiada modal politik untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Lagi pun, kandungan video yang disiarkan secara bersiri, diragui kebenaranya.
Jika bercakap soal rasuah, kerana meminta surat sokongan, sejak bila surat sokongan perlu dibeli?
Wakil-wakil rakyat menjadi sasaran, tidak akan menggadaikan harta Sabah pada mereka yang cuba membolot demi keuntungan sendiri, kerana para wakil rakyat tersebut telah mengambil iktibar berkaitan tanah-tanah Sabah yang diluluskan untuk tujuan peladangan, atau perhutanan yang melibatkan syarikat luar, yang tidak membayar cukai tanah pada kerajaan negeri, keuntungan di bawah keluar, dan tidak memberi pulangan kepada negeri dan rakyat.
Sebab itu, tidak masuk akal, mereka meminta bayaran untuk surat sokongan, dan surat sokongan tersebut bertujuan pembolot, merompak harta Sabah.
Apabila dalang menyediakan skrip, dan ketua kartel menjadi watak utama, bukan sahaja tersalah langkah, malah menggali kubur sendiri, apabila pihak berkuasa melalui siasatan mendapati bahawa tindakan mereka itu, kotor dan jijik, tiada asas salah guna kuasa apa tah lagi rasuah.
*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .
Add Comment