KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Kerja Raya Malaysia, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Isnin.
Alexander yang berada di Sabah untuk lawatan kerja dua hari, telah memberi taklimat kepada Hajiji projek-projek pembangunan infrastruktur yang sedang dilaksanakan oleh kementeriannya di Sabah.
Beliau diiringi oleh Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Mohd Sakeri Abdul Kadir (Dasar dan Pembangunan) dan Datuk Zainal Alhakab Seman(Pengurusan), Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Wira Roslan Ismail, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Sazali Harun dan Pengurus Besar Kanan, Sektor Pembangunan Kontraktor dan Personel Binaan, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Ahmad Farrin Mokhtar.
Hadir sama Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Shahelmey Yahya, Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Limus Jury, Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya, Datuk Ridhwan Roger Linus dan pegawai kanan JKR Sabah.
— TAMAT
Add Comment