KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah di pejabatnya di Menara Kinabalu di sini semalam.
Delegasi itu diketuai oleh Pengerusi MPN Datuk Dr. Sangkar Rasam bersama Naib Pengerusi MPN Joseph Alex Chang dan Romansa Lamin; Setiausaha MPN Simsudin Sidek; Setiausaha Pengelola MPN Sahrudin A.Harol; Ketua Wanita Sabah Noriha Yakub; dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah Zaidi Jatil.
Sementara itu Sangkar berkata, kunjungan itu bertujuan memperkenalkan MPN PKR Sabah kepada Hajiji selain memantapkan dan mengeratkan lagi hubungan dan persefahaman yang sedia terjalin diantara MPK PKR Sabah dan Ketua Menteri.
Turut hadir, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Abdul Rahman Yakub.
— TAMAT
Add Comment