Setiap kali menjelang pilihan raya, pasti muncul suara-suara lantang yang mendakwa mampu menyelesaikan krisis air Sabah “dalam masa setahun” , seolah-olah masalah air ini boleh diselesaikan dengan satu ucapan berapi di pentas ceramah. Kenyataannya, isu air bukan boleh disihir dengan kayu sakti, tetapi memerlukan perancangan, pelaburan dan pelaksanaan jangka sederhana serta panjang yang konsisten.
Inilah yang sedang dilakukan oleh Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pimpinan YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor sejak 2020. Bukti nyata terletak pada projek-projek air berimpak tinggi yang sedang dan telah dilaksanakan, bukan pada slogan atau janji kosong.
Senarai Projek Air Berimpak Tinggi: GRS Umum, GRS Laksana:
Antara projek utama yang sedang berjalan di bawah pelan penyelesaian air negeri:
1. Kogopon II, Papar – siap 2026
2.Empangan Cinta Mata, Tawau – siap Julai 2026
3.LRA Telibong II – siap
4. Empangan Ulu Padas (6,000 MLD) – projek penyelesaian besar, siap 2030
5.Projek bekalan air di Pitas, Lahad Datu, Semporna, Sandakan – sedang giat berjalan & siap berperingkat hingga 2026
Selain itu, beberapa projek penting telah siap dan kini memberi manfaat terus kepada rakyat:
1.LRA Beaufort II (2021)
2.LRA Semporna (2021)
3.LRA Apin-Apin (2022)
4. LRA Simoangan, Telibong I & II, Kundasang (2023–2024)
5.LRA Kasigui & Ulu Mamut (2025)
Senarai ini menunjukkan bahawa kerja-kerja pembaikan dan peningkatan kapasiti air negeri telah lama dimulakan, malah ada yang telah selesai lebih awal daripada jadual. Jadi apabila ada individu mendakwa “boleh selesaikan dalam setahun”, kemungkinan besar mereka sedang menunggang hasil projek yang sudah pun dijalankan oleh GRS.
Strategi Jangka Panjang, Bukan Janji Populis, Isu air Sabah adalah legasi bertahun-tahun akibat kelemahan dasar terdahulu. Antaranya pembatalan mendadak kontrak konsesi air pada 2019 yang menyebabkan gangguan besar dalam pengurusan loji. GRS mewarisi masalah ini, namun tidak menuding jari. Sebaliknya, kerajaan tampil dengan penyelesaian struktur yang menyeluruh, termasuk projek mega seperti Empangan Hidroelektrik Ulu Padas, yang akan menyelesaikan keperluan air Sabah untuk 100 tahun akan datang.
Pendekatan ini berbeza dengan sesetengah pihak yang hanya pandai berjanji tetapi tidak mempunyai pelan terperinci, peruntukan sebenar, atau keupayaan teknikal untuk melaksanakan.
Kesimpulannya, Kerajaan GRS telah membuktikan komitmen sebenar dalam menangani isu air melalui pelaksanaan projek-projek konkrit, bukan sekadar retorik politik. Hasilnya mungkin tidak dapat dilihat serta-merta, namun pelan tindakan telah digerakkan dengan teratur . Sebahagiannya telah siap, manakala selebihnya sedang dilaksanakan mengikut jadual yang dirancang. Dalam hal ini, apa yang rakyat perlukan bukan lagi janji baharu, tetapi kesinambungan pelaksanaan yang konsisten dan berkesan. Dan inilah yang sedang dilakukan oleh Kerajaan GRS hari ini , iaitu bekerja secara berterusan untuk memastikan rakyat Sabah menikmati bekalan air yang stabil dan berkekalan.
*𝙍𝙚𝙣𝙘𝙖𝙣𝙖 𝙞𝙣𝙞 𝙢𝙚𝙧𝙪𝙥𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙝𝙖𝙨𝙞𝙡 𝙩𝙞𝙣𝙟𝙖𝙪𝙖𝙣 𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙈𝙪𝙨𝙧𝙖𝙢 𝙍𝙖𝙠𝙪𝙣𝙢𝙖𝙣, 𝙙𝙞𝙨𝙪𝙣𝙩𝙞𝙣𝙜 𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙅𝙪𝙡𝙞𝙖 𝘼𝘽𝙏 ,𝙙𝙪𝙖 𝙥𝙚𝙣𝙪𝙡𝙞𝙨 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙗𝙚𝙧𝙥𝙚𝙜𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙚𝙜𝙪𝙝 𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙥𝙧𝙞𝙣𝙨𝙞𝙥 𝙠𝙚𝙬𝙖𝙧𝙩𝙖𝙬𝙖𝙣𝙖𝙣 𝙗𝙚𝙧𝙚𝙩𝙞𝙠𝙖 𝙗𝙖𝙝𝙖𝙬𝙖 𝙧𝙖𝙠𝙮𝙖𝙩 𝙗𝙚𝙧𝙝𝙖𝙠 𝙢𝙚𝙣𝙚𝙧𝙞𝙢𝙖 𝙢𝙖𝙠𝙡𝙪𝙢𝙖𝙩 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙚𝙥𝙖𝙩, 𝙨𝙖𝙝𝙞𝙝 𝙙𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙞𝙢𝙗𝙖𝙣𝙜. 𝘿𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙡𝙖𝙣𝙙𝙨𝙠𝙖𝙥 𝙥𝙤𝙡𝙞𝙩𝙞𝙠 𝙎𝙖𝙗𝙖𝙝 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙚𝙢𝙖𝙠𝙞𝙣 𝙙𝙞𝙣𝙖𝙢𝙞𝙠, 𝙥𝙚𝙣𝙮𝙖𝙢𝙥𝙖𝙞𝙖𝙣 𝙢𝙖𝙠𝙡𝙪𝙢𝙖𝙩 𝙨𝙚𝙘𝙖𝙧𝙖 𝙗𝙚𝙧𝙩𝙖𝙣𝙜𝙜𝙪𝙣𝙜𝙟𝙖𝙬𝙖𝙗 𝙖𝙢𝙖𝙩 𝙥𝙚𝙣𝙩𝙞𝙣𝙜 𝙖𝙜𝙖𝙧 𝙧𝙖𝙠𝙮𝙖𝙩 𝙙𝙖𝙥𝙖𝙩 𝙢𝙚𝙣𝙞𝙡𝙖𝙞 𝙥𝙚𝙧𝙠𝙚𝙢𝙗𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙢𝙖𝙨𝙖 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙛𝙞𝙠𝙞𝙧𝙖𝙣 𝙩𝙚𝙧𝙗𝙪𝙠𝙖 𝙙𝙖𝙣 𝙥𝙚𝙧𝙩𝙞𝙢𝙗𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙧𝙖𝙨𝙞𝙤𝙣𝙖𝙡.

























Add Comment