Home » Isu infrastruktur Sungai Manila dapat perhatian
Berita GRS Politik

Isu infrastruktur Sungai Manila dapat perhatian

Prihatin keselamatan rakyat,Haji Hazem Mubarak Musa meninjau tiang lampu bersama Presiden MPS, Walter Kenson.

SANDAKAN: Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Sungai Manila, Haji Hazem Mubarak Musa, turun padang meninjau beberapa isu infrastruktur yang dibangkitkan penduduk di kawasan berkenaan.

Lawatan itu turut disertai Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Walter Kenson, bagi menilai keadaan sebenar di lapangan serta mencari penyelesaian terbaik.

Antara isu yang dikenal pasti termasuk masalah perparitan tersumbat di kawasan perumahan Batu 8, pembinaan hentian bas di sepanjang Jalan Sungai Batang menuju pusat pendidikan seperti UMS, MRSM, Politeknik dan Kolej Vokasional, serta masalah pembuangan sampah dan penyelenggaraan landskap di Pekan Muhibbah.

Selain itu, laluan jalan dan perparitan di Batu 10–UMS Sandakan juga akan dibaik pulih, termasuk pemasangan serta pembaikan lampu jalan bagi menjamin keselamatan pengguna.

Haji Hazem Mubarak Musa diberi taklimat semasa lawatan turun padang meninjau kawasan.

Hazem menegaskan Parti Gagasan Rakyat Sungai Manila komited mendengar permasalahan rakyat dan memastikan isu infrastruktur mendapat perhatian sewajarnya.

“Kerjasama erat antara pimpinan, pihak berkuasa tempatan dan masyarakat adalah kunci utama dalam membawa pembangunan mampan serta kesejahteraan kepada rakyat Sungai Manila,” katanya.

— TAMAT